Ini blog saya menconteng sahaja. Blog justkhai.com masih ada tau!
Hi. Awak.
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Hi Awak. Saya pernah tulis jutaan patah kata dalam blog terdahulu. Ianya masih wujud tapi biarlah saya simpan sendiri dan hari ini saya bermula semula menulis tentang kisah peribadi dan apa yang dirasakan perlu di sini. Ok, hi awak!
Aku tak boleh brain kenapa Google dah abandon Blogspot ni. Mungkin la blog ni macam satu platform yang orang dah tinggalkan dan tidak lagi popular. Sekarang zaman social media lah katakan dan Google tak boleh buat untung apapun dari Blogspot ni. Tapi bagi aku blog masih lagi jadi medium yang paling awesome untuk setiap orang mengekspresi perasaan mereka dan paling best, cukup mudah untuk dicari semula. Kalau kita nak cari balik post kita pergi travel masa 2016 kat Instagram, korang rasa senang ke susah nak cari? Lagi-lagi kalau korang langsung tak letak hashtag kat post tu dulu. Perkara ni buat aku terfikir manusia mungkin dah malas menulis. Hari ini, kita lagi suka consume information melalui audio dan video. Lagi pendek lagi bagus sebab terlalu banyak nak dikejar. Rakyat Malaysia sendiri bagi aku sentiasa akan terus suka menulis, tapi kebanyakan yang kita tengok ni mereka menulis untuk social media je lah. Kalau pasal kutuk-mengutuk orang tu paling diorang suka. Memang jadi terpaling...
Salam. Boleh kata setahun-sekali tanpa disengajakan, aku akan visit Blogspot ni untuk tengok apa pembaharuan yang Google buat. Dia macam setahun sekali terus keluar dalam kepala otak unuk jenguk sekejap adakah Google masih peduli atau dah abaikan produk dia ni? Kalau nak cakap dia dah tak peduli, mungkin dah lama Blogspot ni Google umumkan untuk discontinued ye tak? Tapi nampaknya masih kekal ada lagi mungkin tak makan resources yang besar untuk diorang maintain. Aku rasa staff untuk Blogspot ni adalah dua tiga ketul agaknya diorang assigned untuk pastikan sekadar hidup jer. Sebabnya memang tak ada sebarang perubahan drastik yang memungkinkan untuk orang kembali ber'blogging lagi. Blogging pernah ada peak dia, lepas tu tenggelam sebab media sosial. Suatu hari nanti, orang akan kembali menulis di blog semula bila dah tepu dengan media sosial pula. Macam tu la kehidupan kejap kat atas, kejap kat bawah. Tapi lepas sign in tadi nampaklah Google ada juga buat sesuatu tapi tak bagi impak...
Sabtu lepas sempat ke Port Dickson dengan kawan-kawan untuk campfire katanya. Sampai PD dalam pukul 6 petang macam tu. So kelam-kabut setup khemah masing-masing dan buat unggun api. Fuh setel semua before gelap.. Kalau tak silap, last aku join camping macam ni masa form 3 kot. Kisah 12 tahun yang lalu. Itupun sebab wakil KRS ke pertandingan kawad kaki. Hehe! Tapi soal basic bercamping ni masih ada dalam kepala. Lagi-lagi bila camping tepi pantai ni, tak ada apa benda sangat yang perlu dirisaukan. Malamnya, yang perempuan sibuk memasak dan yang lelaki bual-bual keliling api, main gitar, dan adakalanya pergilah kejap jenguk-jenguk BBQ tu tolong kipas-kipaskan. Aku macam biasa sambil tolong apa yang patut, tak lupa bawa kamera ke mana-mana untuk menzahirkan gambar-gambar kenangan bila dah balik nanti. Memang penting untuk ada seorang yang sentiasa ingat tentang gambar-gambar ni... Kehkeh! Dalam happy-happy tu sempat juga berbual macam-macam pasal bisnes terutamanya untuk sebarang...
Comments
Post a Comment