Aku, Dia, Mereka, Dan Port Dickson


Sabtu lepas sempat ke Port Dickson dengan kawan-kawan untuk campfire katanya. Sampai PD dalam pukul 6 petang macam tu. So kelam-kabut setup khemah masing-masing dan buat unggun api. Fuh setel semua before gelap..

Kalau tak silap, last aku join camping macam ni masa form 3 kot. Kisah 12 tahun yang lalu. Itupun sebab wakil KRS ke pertandingan kawad kaki. Hehe! Tapi soal basic bercamping ni masih ada dalam kepala. Lagi-lagi bila camping tepi pantai ni, tak ada apa benda sangat yang perlu dirisaukan.




Malamnya, yang perempuan sibuk memasak dan yang lelaki bual-bual keliling api, main gitar, dan adakalanya pergilah kejap jenguk-jenguk BBQ tu tolong kipas-kipaskan. Aku macam biasa sambil tolong apa yang patut, tak lupa bawa kamera ke mana-mana untuk menzahirkan gambar-gambar kenangan bila dah balik nanti. Memang penting untuk ada seorang yang sentiasa ingat tentang gambar-gambar ni... Kehkeh!



Dalam happy-happy tu sempat juga berbual macam-macam pasal bisnes terutamanya untuk sebarang jenis kerjasama di masa akan datang. Well, aku memang sangat suka dikelilingi orang yang suka bercerita tentang kerja dan kerjaya dan tidak mengsia-siakan masa serta peluang yang ada depan mata.

Harap dapat join aktiviti-aktiviti luar macam ni lagi nanti.. Heh!


Comments

Popular posts from this blog

Manusia Mungkin Dah Malas Nak Menulis

Dah 2026 pun tapi Blogspot masih sama macam dulu.

Bagusnya Bila Guna Blogspot