Posts

Manusia Mungkin Dah Malas Nak Menulis

Image
Aku tak boleh brain kenapa Google dah abandon Blogspot ni. Mungkin la blog ni macam satu platform yang orang dah tinggalkan dan tidak lagi popular. Sekarang zaman social media lah katakan dan Google tak boleh buat untung apapun dari Blogspot ni. Tapi bagi aku blog masih lagi jadi medium yang paling awesome untuk setiap orang mengekspresi perasaan mereka dan paling best, cukup mudah untuk dicari semula. Kalau kita nak cari balik post kita pergi travel masa 2016 kat Instagram, korang rasa senang ke susah nak cari? Lagi-lagi kalau korang langsung tak letak hashtag kat post tu dulu. Perkara ni buat aku terfikir manusia mungkin dah malas menulis. Hari ini, kita lagi suka consume information melalui audio dan video. Lagi pendek lagi bagus sebab terlalu banyak nak dikejar. Rakyat Malaysia sendiri bagi aku sentiasa akan terus suka menulis, tapi kebanyakan yang kita tengok ni mereka menulis untuk social media je lah. Kalau pasal kutuk-mengutuk orang tu paling diorang suka. Memang jadi terpaling...

Hello 2024 & Selamat Tinggal 2023

Image
Salam. Macam biasa sekali-sekala aku akan masuk ke Blogspot untuk update dalam puluhan blog yang pernah dicipta suatu masa dulu. Ye la benda boleh buat free je kan masa tu dan best nya sampai sekarang Blogspot masih hidup lagi. Itu pun sebab dia under Google lah kan kalau tak dah lama mereput macam Blogdrive dan seangkatan yang lain tu. Beberapa hari lagi sebelum menjelang tahun 2024. Cepat betul masa berlalu. Untuk recap, tahun 2023 salah satu tahun yang epic juga untuk aku bila tahun ni aku "settle down" untuk kenderaan. Aku beli sebiji Honda ADV160 pada bulan Mac 2023,  Ford Raptor bulan September 2023 dan akhir sekali aku beli Tesla Model 3 pada Disember 2023. Lengkaplah keperluan aku untuk ada sebiji motosikal biasa nak ke kedai/masjid, sebuah 4x4 untuk bawa camping, dan sebuah EV untuk jadi kenderaan harian. Alhamdulillah, semua ni aku dapat beli secara tunai demi mencapai kebebasan masa dan kewangan yang aku perjuangkan sejak dulu lagi. Satu pencapaian yang boleh aku b...

Bagusnya Bila Guna Blogspot

Image
  Salamx. Well.. rupanya dah tahun 2023. Entah bagaimana aku teringat untuk masuk ke Blogspot dan tengok balik senarai blog yang pernah aku create secara percuma. Bila tengok satu persatu, salah satunya adalah di sini. Terus aku baca balik beberapa cerita yang pernah aku catatkan kat sini. Tapi tu semua tak penting tapi ada satu yang sangat penting. Sekarang baru aku sangat-sangat hargai servis blogging percuma macam Blogger ni. Sebabnya, walaupun dah bertahun kau terlupa pasal dia tapi sampai satu masa kau akan jumpa dia semula. Hal macam ni takkan jadi kalau kau pakai hosting dan domain sendiri. Mungkin kau cuba sehabis baik untuk maintain bayar hosting dan domain tu, tapi sampai satu tahap kalau terlepas, semua yang pernah kau tulis hilang macam tu sahaja. Habis semua kenangan dan kisah silam yang pernah kau tuliskan. Jadi mungkin 10 tahun dulu siapa tak pakai domain n hosting sendiri ni menyedihkan, hakikatnya ini sebenarnya platform yang terbaik untuk engkau berkongsi dan ceri...

Live Your Life!

Image
Kehidupan. Terlalu banyak kau buang masa dengan hal remeh-temeh yang membuang masa, menyakitkan-hati dan tak pernah berbaloi jika kau silap memilih. Kehidupan. Takkan ada yang kan pernah memahami melainkan dirimu sendiri. Tak semua hati mampu kau jaga. Tak semua insan mampu kau pelihara. Adakalanya kelak membunuhmu dalam diam. Kehidupan. Adakalanya mereka rasa mereka lebih tahu sedangkan tidak dan terus memberi impak negatif pada diri kau sendiri di hadapan mahupun dibelakang. Well, fuck you. I'm tired of your shit.

Aku Dan ASB

Image
4 tahun lepas, berbekalkan sebuah motor kapcai 125ZR di zaman rempit huha-huha, aku menuju ke Dataran Maybank, Bangsar. Kemudian disapa seorang akak ni untuk join benda yang aku tak pernah ambil tahu langsung ketika itu. Ye la masa tu rambut pun ada ekor siap warna perang lagi. Sejak dari tu memang tak pernah update atau ambil tahu langsung. Orang heboh² sana-sini aku buat tak tahu jer. Semalam terjumpa buku #ASB ni yang ingatkan dah lama hilang. Hari ni terlanjur ada di Maybank, teruslah bawa untuk update. "Wah lama betul tak update ni dik!! Masyukk!!", akak di kaunter Maybank tu tadi menyapa. Aku tersengih je dengan " Entahlah kak", perlahan. Lumayan juga hasilnya. Alhamdulillah. Ku namakan ini pelaburan zaman rempitku. Huha pun huha juga dulu, tapi kena sentiasa pandang 10 ke 20 tahun akan datang. Adik² yang masih muda, dari duit perabih main snooker, lepak Cybercafe, merempit sana sini buang masa dan sebagainya, fikir-fikirkanlah dari kisah ini ya dan ...

Aku, Dia, Mereka, Dan Port Dickson

Image
Sabtu lepas sempat ke Port Dickson dengan kawan-kawan untuk campfire katanya. Sampai PD dalam pukul 6 petang macam tu. So kelam-kabut setup khemah masing-masing dan buat unggun api. Fuh setel semua before gelap.. Kalau tak silap, last aku join camping macam ni masa form 3 kot. Kisah 12 tahun yang lalu. Itupun sebab wakil KRS ke pertandingan kawad kaki. Hehe! Tapi soal basic bercamping ni masih ada dalam kepala. Lagi-lagi bila camping tepi pantai ni, tak ada apa benda sangat yang perlu dirisaukan. Malamnya, yang perempuan sibuk memasak dan yang lelaki bual-bual keliling api, main gitar, dan adakalanya pergilah kejap jenguk-jenguk BBQ tu tolong kipas-kipaskan. Aku macam biasa sambil tolong apa yang patut, tak lupa bawa kamera ke mana-mana untuk menzahirkan gambar-gambar kenangan bila dah balik nanti. Memang penting untuk ada seorang yang sentiasa ingat tentang gambar-gambar ni... Kehkeh! Dalam happy-happy tu sempat juga berbual macam-macam pasal bisnes terutamanya untuk sebarang...

Hi. Awak.

Image
Hi Awak. Saya pernah tulis jutaan patah kata dalam blog terdahulu. Ianya masih wujud tapi biarlah saya simpan sendiri dan hari ini saya bermula semula menulis tentang kisah peribadi dan apa yang dirasakan perlu di sini. Ok, hi awak!