Hello 2024 & Selamat Tinggal 2023
Salam. Macam biasa sekali-sekala aku akan masuk ke Blogspot untuk update dalam puluhan blog yang pernah dicipta suatu masa dulu. Ye la benda boleh buat free je kan masa tu dan best nya sampai sekarang Blogspot masih hidup lagi. Itu pun sebab dia under Google lah kan kalau tak dah lama mereput macam Blogdrive dan seangkatan yang lain tu.
Beberapa hari lagi sebelum menjelang tahun 2024. Cepat betul masa berlalu. Untuk recap, tahun 2023 salah satu tahun yang epic juga untuk aku bila tahun ni aku "settle down" untuk kenderaan. Aku beli sebiji Honda ADV160 pada bulan Mac 2023, Ford Raptor bulan September 2023 dan akhir sekali aku beli Tesla Model 3 pada Disember 2023. Lengkaplah keperluan aku untuk ada sebiji motosikal biasa nak ke kedai/masjid, sebuah 4x4 untuk bawa camping, dan sebuah EV untuk jadi kenderaan harian. Alhamdulillah, semua ni aku dapat beli secara tunai demi mencapai kebebasan masa dan kewangan yang aku perjuangkan sejak dulu lagi. Satu pencapaian yang boleh aku banggakan kepada diri sendiri.
Dengan adanya sebiji rumah 3 tingkat yang juga aku beli secara tunai pada tahun 2020, insyaAllah tahun 2024 juga satu lagi rumah di Bangi akan siap. Kali ini kondo pula dan impian aku untuk buat Airbnb nanti. Maka dengan ini lengkaplah segala kemahuan dan keperluan bagi rumah dan kenderaan tanpa ada bebanan komitmen pada setiap bulan.
Jadi aku boleh terus move on semula ke arah perniagaan yang baru pula. Antara yang paling aku tengah study nak buat sekarang ni adalah camp site. Aku ada impian nak ada tanah sendiri yang berdekatan dengan sungai untuk aku jadikan camp site. Namanya Geek Camp Site. Lokasi masih belum pasti kerana depend kat mana tanah yang aku jumpa dan bangunkan tu nanti. InsyaAllah. Apa yang penting, aku nak lari jauh dari media sosial yang dah cukup lama aku bergelumang pagi petang siang malam dengan apa yang aku usahakan selama ini.
Itu ajelah update kali ni sebagai reminder untuk diri sendiri. Untuk tanamkan dalam core memory aku sendiri. Apapun tahniah Khai pada diri sendiri. Hang memang awesome! Haha.
Comments
Post a Comment